BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Starts of the new era..

Starts of the new era..

Monday, April 16, 2012

Am I Falling in Love..


Bulan march, . Setiap kali aku bertemu dia aku tertarik dgn setiap perwatakan dan ciri2 dia yg membuatkan hati dan mata ku terpukau.. hubangan aku dgn si dia bagaikan menanti sebuah jawapan, aku tak faham dgn perasaan aku terhadap dia, aku seperti telah jatuh hati pada dia, aku mula menyayangi dia… aku tak pasti perasaan dia trhadap aku, aku mnjadi hilang tumpuan dlm apa jua tindakkan, aku tak pernah merasai perasaan seperti ini, dgn mana2 perempuan yg bersama aku, mungkin ini hukum karma buat ku yg selama ini permainkn perasaan org lain.. L aku benar2 jatuh hati pada dia.. Ya Allah….. apa dh jadi padaku, kasih sayangku trlalu kuat trhadap diri dia, aku terima dia seadannya sekira dia memilihku untuk bersama, betul org tua2 kata, cinta itu buta.. mungkin aku dh trkena itu.. boleh dikatakan setiap hari, setiap minit pasti aku ingin bersama dia.. walaupun dia pernah brkata pada ku, sayang dan rindu biar sikit2 sahaja… tapi apabila dia kata begitu, membuatkan aku ingin merusaha memiliki hati dia.. pelbagai persoalan dan pertanyaan bermain di minda ku, untuk memulakan sesuatu tindakkan ku untuk membuat dia berasa bahagia dan gembira bersamaku.. walaupun ia tempoh yg agak singkat, tetapi aku percaya jodoh pertemuan di tangan Allah…. Dia yang menemukan dan Dia juga yang boleh memisahkan.. tetapi hati dan perasaan tidak boleh dipaksa, walaupun aku tahu dia pernah di kecewakan dgn seseorang yg telah lama dia bersama, tapi aku tiada komen buat mereka.



Hati dan perasaanku tak boleh tipu untuk berhenti mencintai dan menyayangi dia… aku  manusia yg lemah, yg tiada terdaya untuk melawan, aku hanya berserah kepada Allah, kalau dialah jodohku, aku terima dia seadaanya, dan kuatkanlah kasih dan sayangku pada dia.. kalu dia bukan jodohku Ya Allah, Engkau pisahkanlah kami, tanpa sebarang dendam, marah dan kecewa/atau terasa hati….


Universal Studio Singapore...


Bulan Februari yg lalu, benda yg tidak dirancang, tiba2 mummy ku mngajak pergi ke Universal Studio Singapore, plan di ambil hanya 3 hari sebelum pergi, 5/2/12-7/2/12, kita org mnginap di Embassy apartment suite d tengah2 bandar JB, kerna kalu mnginap di Singapore mahal, and tidak berpatutan lagi sekrang currency tengah tinggi, SG$ 1.00 = RM 2.45 jadi klu tukar SG$ 1,000 = RM 2,450.00, pagi 6/2/12 selepas breakfast kita org trus bertolak masuk ke Singapore, kebetulan hari itu maulidul rasul jatuh pada isnin, klu d Singapore xde public holiday pada tarikh tu, jd mereka bekerja seperti biasa, biasanya jam 6.00 pagi sudah sesak d pintu masuk tambak johor ke woodland checkpoint (Singapore), untuk warga Johor yg kerja di SG, kerna brkerja disana gaji mahal. Kita org bertolak jam 8.00 pagi, sampai woodland 8.45 pagi, fuhhh, actlly apartment kita org xberapa jauh dr imegresen checkpoint. Hanya 4km, tp nk ke sana mcm dr KL mau ke seremban lamanya, sbb org ramai berpusu mau ke Singapore. Selepas melepasi woodland, kita org trus ke sentosa island, tiba d sentosa jam 9.30 pagi, trus masuk ke theme park of USS untuk beli ticket, sbb hotel tourist guide kata yg ticket mungkin dh soldout, tp kami langgar juga tanpa hirau kata2 mereka, nasib baik ticket counter masi buka, sekali masuk theme park uss SG$68 for non peak, SG$74 for peak, kebetulan hari tu non peak jd SG$68= RM 167.00 seorang kami sekeluarga 8 org = RM 1333.00 (SG$ 544.00).








walauapa pun memang puas hati seyh kat USS.. tak rugi bayar mahal2 masuk.. kesudahannya satu kepuasan hiburan yang tidak terhingga.. :D

first date...


Bulan Januari ini juga aku berkenalan dgn seseorg yg aku telah berkenalan dengan dia sejak bulan 10, tahun lalu, tetapi pertemuan pertama 26/01/12 (first date) pertemuan pertama aku, melihat dia, dan bertemu dia, seperti sudah brkenalan lama dgn dia,aku berasa senang dan selesa bila keluar dengan dia.. tetapi dia sudah punya bf, tapi aku tak kisah, kita hanya berkawan.. aku tertarik hati padannya mungkin melihat sikapnya yg bersahaja. Dan aku selesa bersama dia...



Rubbish talk.. as new in 2012


Bulan april kembali… pelbagai dugaan dan cabar telah berlalu sebelum menemui bulan april, dh hampr 10 bulan aku tamat belajar dalam bidang perniagaan.
Bulan januari yg lalu pelbagai kenangan manis aku cipta bersama keluarga ku tercinta tanggal 15/01/12 Mummy and adeq aku bertiga pergi makan angin di Hongkong and China Shenzen selama 1 minggu, percutianku ini meninggalkan seribu kenangan bersama mummy and adeq ku. Yang tak berapa bestnya daddy and adek yg lagi 2 org tak bersama. Cuaca di Hongkong masa tu 14'c and China 13'c.. cuaca kat sana sejuk gile, rugi aku xbeli baju sejuk tebal.. then sampai je Malaysia aku terus demam, batuk selesema, sakit tekak, sakit 4 in 1.. :(.. tapi apa pun percutian yang sekali.. :) 













KEMBALI !!!!


Hello kawan-kawan..
Agak lama saya tak menulis disini. Hampir 2 tahun… tempoh masa yang agak lama saya meyepikan diri, hahahah.. kalu ayat2 wartawan ke pada artis,

Wartawan : kenapa anda menyepikan diri?
Artist       : emm saja nk cari ketenangan yg seketika, ada kerja lain, ada kerja alternative n bla..bla..bla..bla..
                 wartawan: keee, anda merajuk? Dah 2 tahun xmuncul, tuppptupp, tau2 muncul dgn single baru…             
Wartawan : jadi apa komen?     

Mungkin keadaan masa yang menentu membuatkan aku xde masa nak berblogging, dulu masa zaman belajar dulu, banyak masa aku boleh luangkan untuk melalukan pelbagai aktiviti. Dalam tempoh 2 tahun lepas aku busy menguruskan final project, final sem, exam, kerja yg tertanguh, aktiviti social bersama rakan2 .
Kali ini aku kembali, ingin mencoba luangkn masa bersocial disini. J